• Jonathan Shiek

Vaksin Moderna, Pfizer Beri Perlindungan Seumur Hidup

Baru-baru ini, terdapat satu kajian baharu mendapati vaksin COVID-19 Moderna dan Pfizer mampu memberikan perlindungan seumur hidup kepada mereka yang pernah dijangkiti wabak tersebut. Menurut dari pasukan penyelidikan Universiti Washington, suntikan vaksin jenis mRNA ia dapat merangsang tindak balas imunisasi yang dapat melindungi seseorang sehingga bertahun-tahun.

Selepas menyaksikan kajian lain, ia telah menunjukkan hasil yang lebih kuat dalam tempoh 12 bulan selepas jangkitan, pasukan penyelidik merumuskan bahwa kekebalan terhadap koronavirus adalah untuk jangka seumur hidup jika bekas pesakit COVID-19 mula menerima vaksin Pfizer atau Moderna.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu tak memasukkan data berkenaan vaksin lain termasuk AstraZeneca. Kajian ini dibuat susulan penyelidikan baharu mencadangkan campuran dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer bagi menghasilkan tindak balas imunisasi yang tinggi terhadap koronavirus. 

Kena ingat sesuatu, bahawa lebih banyak antibodi di dalam badan kita tak bermaksud lebih banyak perlindungan yang kita dapat dari setiap suntikan untuk menghalang virus tersebut. Jadi silalah berhati-hati.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments