• Syaziyah Md Sharif

Vaksin COVID-19 Telah Sampai Ke 'Hujung Dunia'

Penghantaran ke benua Antartika itu menggunakan pesawat dan membawa vaksin AstraZeneca

Kredit Foto: AFP/Kosmo!

Penghantaran vaksin Covid-19 tiba di Benua Antartika untuk diberi kepada kumpulan penyelidik Britain yang ditempatkan di hujung dunia, kata Kementerian Luar Britain.


Vaksin tersebut diserahkan kepada Stesen Penyelidikan Rothera milik Kaji Selidik Antartika Britain. Ia merupakan destinasi paling jauh merangkumi Wilayah Seberang Laut Britain yang mendapat bekalan vaksin.


Vaksin AstraZeneca itu diterbangkan dari sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja di Britain melalui Senegal dan Kepulauan Falkland sebelum sampai kepada 23 kakitangan fasiliti tersebut di Wilayah Antartika Britain.


Perjalanan sejauh 16,000 kilometer merentasi empat benua itu melengkapkan komitmen kerajaan Britain untuk membekalkan vaksin ke semua Wilayah Seberang Laut Britain yang berpenghuni.


Misi itu dicapai dengan kerjasama organisasi pembangunan antarabangsa, Crown Agents.


Ketua Eksekutif Crown Agents, Fergus Drake berkata, organisasi berkenaan telah membekalkan vaksin ke ‘hujung dunia’ termasuk Kepulauan Pitcairn di Lautan Pasifik dan Kepulauan Tristan da Cunha di Atlantik Selatan.




Sumber: Kosmo!

10 views0 comments