• Syaziyah Md Sharif

Vaksin Covid-19 Berasaskan Tumbuhan Tunjukkan Keberkesanan Tinggi

Vaksin tersebut menunjukkan keberkesanan 75% lebih tinggi terhadap varian Delta

Kredit Foto: Medicago

Vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan pertama di dunia telah terbukti 75% lebih berkesan untuk mencegah varian Delta virus tersebut.


Vaksin Medicago adalah 75.3 peratus berkesan terhadap varian itu apabila dipertingkatkan dengan penggalak GlaxoSmithKline, demikian menurut kajian peringkat akhir daripada kedua-dua syarikat.


“Pandemik Covid-19 terus menunjukkan aspek baharu dengan varian Delta menunjukkan dominasi semasa yang akan diikuti oleh varian Omicron dan seterusnya varian lain,” kata Ketua Pegawai Kesihatan Global GSK, Thomas Breuer dalam satu kenyataan.


Vaksin itu menggunakan teknologi yang menghasilkan sel tumbuhan dimana ia meniru struktur coronavirus, tetapi tidak mengandungi bahan genetik daripadanya.


Keberkesanan keseluruhan vaksin adalah 71% terhadap semua varian coronavirus, kecuali Omicron, yang belum diketahui sedang beredar ketika kajian sedang dijalankan.


Penyelidikan itu melibatkan lebih 24,000 peserta berumur 18 tahun ke atas di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Mexico, Argentina dan Brazil.




Sumber: New York Post

9 views0 comments