• Jonathan Shiek

US Akan Mengarahkan Filem Gundam ‘Live-Action’, Bakal Menemui Korang Di Netflix

Percaya tak percaya? Kini siri Gundam bakal diadaptasi dalam ‘Live-Action’ ? semestinya peminat siri berkenaan, mula rasa tak sabar dengan filem Gundam yang bakal dikeluarkan di Netflix. Gundam sangat terkenal dengan animasinya dan kini siri berkenaan bakal diarahkan oleh Jordan Vogt-Robert iaitu pengarah dari Amerika Syarikat. Produksi yang dikenali Legendary Entertainment akan menghasilkan sebuah filem Gundam secara ‘Live-Action’.

Grab your Mobile suits! Jordan Vogt-Roberts has been set to direct and produce Legendary’s first-ever live-action feature film version of Sunrise’s GUNDAM for Netflix. — Netflix Geeked (@NetflixGeeked) April 12, 2021

Pada korang yang mungkin kurang memahami apa itu ‘Live-Action’ ? Ia bermaksud dari sebuah animasi dan dijadikan dalam bentuk siri ataupun sebuah filem dan ia dilakonkan dengan orang sebenar. Begitulah konklusi berkenaan ‘Live-Action’, mudah faham sajakan?.

Pengarah Jordan Vogt-Robert bakal mengarahkan filem Gundam bagi terbitan dari Netflix, banyak juga hasil karya yang beliau telah lakukan antaranya filem Kong: Skull Island (2017). Bagi pula penghasilan skrip untuk filem Gundam ialah Brian K.Vaughan, beliau juga menghasilkan banyak skrip buat filem seperti Marvel dan DC francais.

Bagaimana korang, dah mula rasa teruja dan tak sabar dengan filem Gundam? Jangan lupa komen dibawah dan beri pendapat mengenai perkara ini.

0 views0 comments