• Jonathan Shiek

Urus Pulau Persendirian Dengan Diberikan Gaji Lumayan

Terdapat sebuah keluarga yang sangat kaya raya apabila menawarkan pekerjaan sebagai pengurus domestik kepada pasangan yang berminat untuk bekerja bagi menguruskan pulau peribadi milik mereka di Kepulauan Bahamas.

Nak tahu berapa gaji yang ditawarkan oleh keluarga berkenaan bagi untuk menguruskan sebuah pulau ini ?. Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak £90,000 setahun (RM515,574). Bila lihat nilai yang ditawarkan ini, siapa saja yang tak nak pekerjaan seperti ini, betul tak ?.

Calon yang dicari mestilah mempunyai pengalaman dalam tugas-tugas domestik dan pengurusan rumah tangga. Calon tersebut juga dikehendaki bekerja dalam tempoh masa yang lama dengan keluarga berkenaan untuk menjaga sebuah rumah lain dan melancong bersama mereka.

Menurut iklan di agensi pekerjaan Polo & Tweed, pekerjaan tersebut turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan manfaat pergigian selain hari rehat untuk setiap hujung minggu.

Ada sesiapa yang berminat ke dengan tawaran ini ? bolehlah mula mohon untuk jawatan tersebut. Sila share kan pandangan korang di ruangan komen dibawah.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments