• Jonathan Shiek

United Kingdom Jual Makanan Kucing Halal Pertama Di Dunia

Pernah ke korang dengar makanan kucing yang halal ? rasa macam pertama kali bukan ? ya makanan kucing halal pertama di dunia akan mula dijual di United Kingdom dengan berharga 7 pound (RM40). Syarikat bertapak di Manchester, Tiana berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa kedai menjual makanan haiwan. 

Makanan haiwan ini dijangka untuk dilancar pada bulan depan. Menurut Tiana lebih 500,000 penduduk Islam mempunyai kucing di UK dan disebabkan itu ramai mahu memberikan binatang peliharaan mereka dengan makanan yang halal. 

Namun, penghasilan produk itu menimbulkan polemik dalam kalangan ulama yang mempersoalkan keperluan haiwan memiliki makanan mengikut agama. Imam dari Leicester, Sheikh Ibrahim Mogra berkata, beliau kali pertama mendengar tentang perkara itu dan merasakan pelik. Jelasnya, setakat pengetahuan dirinya, tiada perkara seperti itu yang dituntut untuk memberikan haiwan peliharaan makanan halal. 

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments