• Jonathan Shiek

Umrah Kali Ini Tiada Permit Dibenarkan Buat Jemaah 70 Tahun Keatas

Mesti ramai akan mula bersedih terutama bagi golongan umur 70 tahun keatas, kerana Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengesahkan tiada lagi pengeluaran buat jemaah berusia 70 tahun dan ke atas tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Pihak Kementerian berkata, warganegara dan pemastautin tetap di negara berkenaan antara 18 hingga 70 tahun boleh memohon permit umrah seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan. Tambah pula, pengambilan vaksin koronavirus bukanlah prasyarat mendapatkan permit umrah bagi warga tempatan. 

Kementerian Kesihatan telah menasihatkan sebelum ini bagi mereka yang berhasrat ingin menunaikan ibadah haji dan umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu. Ia adalah salah satu syarat utama yang perlu dilakukan sebelum menunaikan Ibadah haji dan umrah.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments