• Jonathan Shiek

‘Ultraman Seven’ Turut Mengambil Vaksin

Pelbagai betul ragam rakyat Malaysia ini, ada yang memakai kostum T-Rex untuk mengambil vaksin semasa di Kuching, Sarawak. Kini tular di media sosial bahawa ‘Ultraman’ turut turun padang untuk mengambil vaksin di Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang.

Individu yang tak diketahui ini, memilih untuk memakai karakter kostum Ultraman atau lebih dikenali UltraSeven yang kelihatan bersahaja dan ada juga yang ingin bergambar dengannya sebelum menuju ke tempat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

Menurut darinya, “belum ada mana-mana penerima vaksin yang memakai kostum Ultraman atau Ultraseven setakat ini, maka adiwira itu menjadi pilihan saya untuk dipakaikan,” katanya. Katanya lagi, dia mengenakan kostum Ultraseven ketika hadir menerima suntikan vaksin itu bertujuan menghiburkan orang ramai khususnya buat petugas barisan hadapan.


Dia kini masih belum memikirkan kostum apakah yang sesuai untuknya memakai ketika hadir menerima suntikan vaksin kedua di situ selepas ini.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments