• Jonathan Shiek

Ular Sawa Serang YouTuber Hampir Hilang Sebelah Mata

Kejadian yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat apabila seorang bintang YouTuber hampir hilang sebelah mata selepas diserang seekor ular. Nick Bishop, 32 tahun yang merekod video sambil memegang seekor ular sawa Burma yang ditemui di Taman negara Everglades.




Menurut dalam video berkenaan, ular sawa tersebut telah menggigit di lengan Bishop beberapa kali untuk mempertahankan diri sebelum ia menyerang wajah Bishop lalu menggigit kening kiri lelaki tersebut.

Kemudian, darah mula mengalir dari bahagian atas matanya, bintang YouTube masih boleh bergurau dengan mengatakan dia mendapat ’gigitan cinta’ daripada ular itu. “ Saya tahu ular ini akan menyerang saya, tapi tak menyangka di bahagian muka saya. Nasib baik ular ini hanya sempat menggigit kening sahaja dan bukan mata saya,” jelasnya.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments