• shafika9

Ular Sawa Keluar Secara Tiba-Tiba Dari Rak Makanan

Korang juga perlu berhati-hati bila membeli-belah, takut jadi macam ni juga

Kredit foto: Now This


Sekiranya korang kalau ternampak ular sawa keluar dari rak makanan di pasar raya, apa perkara pertama yang korang akan lakukan ? adakah korang melarikan diri ? kejadian yang sama turut berlaku di salah sebuah pasar raya di bandar Sydney dengan secara tiba-tiba mengeluarkan kepalanya secara mengejut.


Perkara ini disedari oleh seorang pengunjung pasar raya tersebut, Helaina Alati, 25 tahun apabila ular sepanjang tiga meter itu menjelirkan lidahnya keluar. Kebetulan Alati adalah seorang penyelamat haiwan liar dan sudah biasa berhadapan dengan ular.


Alati mendapati ular itu tidak berbisa dan selepas merakam kejadian itu, dia memaklumkan kepada staf dan menawarkan bantuan kepada pihak pasar raya membawa keluar ular itu. Dia kemudian mengambil beg guni dari rumahnya dan datang semula ke pasar raya itu.


Kemudian, Alati mengetuk ular itu pada bahagian ekor haiwan tersebut dan terus memasuki beg guni itu. Wanita tersebut melepaskan ular itu di kawasan habitat semula jadi bagi spesies berkenaan di sekitar Sydney. Korang boleh melihat video pendek ini dibawah ini.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

1 view0 comments