• Syaziyah Md Sharif

Ukraine Menawarkan Insentif Tunai Kepada Penduduk Yang Lengkap Divaksin

Ia sebagai usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi di negara itu

Kredit Foto: UNOPS

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam sebuah kenyataan pada hari Isnin lepas berkata bahawa orang ramai akan ditawarkan insentif tunai apabila selesai melengkapi dua dos vaksin Covid-19 dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negara tersebut.


Untuk mereka yang melengkapi dua dos akan dapat menerima 1,000 Hryvnias (kira-kira RM167), ia merupakan jumlah yang agak besar untuk warga salah satu negara termiskin di Eropah di mana kurang daripada satu pertiga daripada penduduknya divaksin sepenuhnya.


Kerajaan dijangka meluluskan 200 juta euro dalam beberapa bulan akan datang untuk skim itu yang akan dilancarkan pada 19 Disember.


Bekas Republik Soviet itu merekodkan 442 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu pada hari Isnin, jumlah kedua tertinggi selepas Rusia yang dilaporkan mempunyai 1,211 kematian.


Negara dengan 45 juta penduduk itu kini sedang mengalami gelombang pandemik yang paling teruk, didorong terutamanya oleh varian Delta yang menular serta tahap keraguan vaksin yang tinggi di kalangan penduduk.


Pihak berkuasa telah cuba meningkatkan vaksinasi dengan mengenakan sekatan ke atas orang yang tidak diberi vaksin, seperti keperluan untuk menunjukkan sijil vaksin di beberapa tempat awam.


Walau bagaimanapun, menurut data kementerian kesihatan, hanya 28 peratus rakyat Ukraine telah menerima dua dos vaksin.





Sumber: Deccan Herald

2 views0 comments