• Jonathan Shiek

Ubat Tradisional Yang Mendakwa Boleh Sembuhkan COVID-19 Dirampas

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) merampas 255 kotak produk tradisional yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 bernilai RM7,000 dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini.

Pengarahnya Datuk Dr Asmayani Khalib berkata, produk berjenama ‘Lianhua Qingwen Jiaonang’ disyaki tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah itu dirampas menerusi Ops Tonkerbell, Ops Prangin, Ops Dapur dan Ops Yao pada 27 Julai tahun lalu, serta 23 dan 25 Jun lalu, hasil maklumat dan risikan pihaknya.

Dr Asmayani berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 kerana melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membeli produk kesihatan termasuk secara dalam talian dengan memastikan produk itu mempunyai pelekat keselamatan hologram dan Nombor Pendaftaran Produk (MAL).

Katanya, status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang https://www.npra.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1- 800-88-6722 atau memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

Sumber: Harian Metro 

0 views0 comments