• Jonathan Shiek

‘Tweet’ Pertama Dijual Dengan Harga RM11 Juta!

Mesej pertama yang dihantar di Twitter kini dijual pada harga lebih AS$2.9 juta (RM11.9 juta) hari ini apabila penghantarnya, Jack Dorsey menerima bidaan untuk memorabilia itu sebagai ‘token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti’ (NFT) dalam satu lelongan.

“Dorsey menerima tawaran daripada sinaEstavi berjumlah AS$2,915,835.47 (RM11,994,289.21)

“Tweet tersebut kini berada dalam blockchain (sistem simpanan kriptografi digital),” demikian menurut platform lelongan Valuables by Cent.

15 tahun lalu Dorsey menaip mesej “just setting up my twttr” yang menjadi ‘tweet’ pertama sekali gus melancarkan platform global yang menjadi kuasa dominan dan kontroversi dalam masyarakat.

Tweet pendek itu dihantar pada 21 Mac 2006 oleh Dorsey selaku ketua dan pengasas bersama Twitter.

0 views0 comments