• Syaziyah Md Sharif

Tweet AG Coco Mendatangkan Kecaman Dari Netizen

"nampak macam ramai betui yang rindu sungai dengan laut dari mak pak sendiri."


Seperti yang kita semua sudah maklum, kerajaan telah melonggarkan syarat untuk merentas daerah dan lawatan ke pusat rekreasi dan pastinya air terjun dan hutan lipur antara tempat yang ramai lawati.


Sudah pastinya pelawat dari Lemabh Klang khususnya menjadikan sesebuah tempat rekreasi itu agak sesak.


Keadaan yang sesak itu nampaknya dikritik ramai memandangkan keadaan pendemik yang masih belum reda dan para pengunjung sepatutnya terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) untuk keselamatan semua.


Atas sebab itu, gitaris kumpulan muzik ternama Hujan, AG Coco meluahkan rasa kecewa dalam sebuah tweet.



Sumber: twitter @agcoco

Malangnya, tweet itu mengundang kecaman netizen. Kebanyakkan mereka merasakan dia tidak boleh samakan situasi berlibur dengan sekatan untuk merentas negeri yang masih berkuatkuasa lantas menghalang orang ramai daripada berjumpa ibu bapa masing-masing.


Masih ramai diantara kita yang mempunyai ibu bapa yang berlainan negeri dan liburan mungkin menjadi salah satu cara untuk menenangkan fikiran setelah lama 'berkurung'.

10 views0 comments