• Jonathan Shiek

TV Bangladesh Lantik Golongan Transgender Sebagai Pembaca Berita

Sebuah syarikat televisyen di Bangladesh telah mencipta sejarah di negara berkenaan dengan melantik seorang transgender sebagai salah seorang pembaca beritanya. Menurut dari sebuah laporan Agensi AP dalam laporannya berkata, Boishakhi TV yang terletak di Dhaka, berharap agar dengan perlantikan ini dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan berkenaan.

Pembaca berita berkenaan, Tashnuva Anan Shishir yang pernah berkerja sebagai aktivis kanan dan pelakon telah membuat penampilan pertama pada 8 Mac lepas, bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Beliau mula membaca berita selama tiga minit dan mengakhiri buletin dengan menangis apabila menerima tepukan dan sorakan rakan sekerja.

Sumber : The Register Herald

“Saya sangat gementar, penuh rasa emosi. Tetapi dalam fikiran saya, saya hanya perlu mengatasi semua perkara ini. Apa yang saya boleh lihat sebagai ujian terakhir,” kata Shishis, 29 tahun.

Shishir menceritakan berkenaan dirinya yang sering menjadi cemuhan masyarakat mahupun dengan keluarga sendiri. Ayahnya juga berhenti bercakap dengannya, dan menggangap beliau adalah punca keluarganya hilang maruah. Shishir mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya, dan mula mengambil terapi hormon.

Terdapat kira-kira 10,000 golongan transgender di Bangladesh, tetapi para aktivis cuma menganggarkan bilangannya jauh lebih banyak dalam negara yang mempunyai sekitar 160 juta penduduk itu. 




Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments