Tular Di Media Sosial, Situasi ‘Banjir’ Di Pattani,Thailand Sebab Air Jernih Macam Kristal

Seperti kita tahu, di Malaysia sekiranya berlaku banjir bukanlah perkara baru lagi dan kebiasaannya warna air banjir dilihat berwarna coklat lumpur. 

Namun berbeza pula dengan beberapa keping foto yang dikongsikan di laman sosial dari Terengganu Today di ruangan Facebook situasi banjir di Pattani,Thailand.


Ada yang mengatakan gambar-gambar berkenaan telah pun disunting menjadikan airnya nampak kebiruan. Tapi kalau ikut logik akal lah, air banjir mustahil akan sejernih macam ini kan?

Sumber: Terengganu Today

Kalau dilihat jelas dari gambar diatas ini, para netizen cuba untuk menyiasat secara lebih jelas bagi setiap inci gambar tersebut. Memang jelas gambar tersebut telah disunting. Antaranya kaki seorang lelaki berkenaan tak nampak dalam air walaupun airnya seolah-olah macam jernih. 

Ramai netizen membanjiri diruangan komen dengan mengatakan gambar itu hanyalah edit semata-mata.

#airjernihkristal

0 views0 comments