• Jonathan Shiek

Tujuh Terbunuh Ditembak Di Majlis Hari Jadi

Kejadian berlaku di Amerika Syarikat dimana seorang lelaki menembak tujuh orang sehingga mati dalam satu majlis hari jadi di Colorado, lewat malam Ahad lalu. Jabatan Polis Colorado Springs berkata, lelaki tersebut secara tiba-tiba bertindak dengan menembak dirinya sendiri serta merta tanpa mencederakan beberapa orang kanak-kank yang berada dalam majlis tersebut.

Apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.18 tengah malam semalam (waktu tempatan) mendapati enam mangsa telah mati di tempat kejadian. Manakala, seorang lagi meninggal ketika tiba di hospital akibat mengalami kecederaan parah.

“Lelaki itu dilaporkan tiba di kawasan perumahan tersebut, berjalan masuk ke dalam salah sebuah rumah dan mula melepaskan tembakan sebelum menembak dirinya sendiri. Polis percaya suspek merupakan teman lelaki kepada salah seorang mangsa,” ujarnya.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments