• Jonathan Shiek

Trend Teling Runcing Seperti ‘Elf’ Kini Jadi Kegilaan Di China!

Trend kecantikan berubah mengikut kitaran waktu, kalau sebelum ini dunia kecantikan dipenuhi dengan bibir yang besar dan tebal kini lain pula ceritanya di China.

Golongan wanita di negara tersebut dikatakan mula melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan bentuk telinga ‘elf’ kerana bentuk telinga panjang sebegitu menjadikan wajah tampak runcing dan lebih menarik.

“Saya hanya menyedari golongan muda, kebanyakannya yang lahir selepas tahun 2,000 mencari cara untuk mendapatkan bentuk telinga seperti ‘elf’ selepas saya membantu seorang selebriti mendapatkan bentuk telinga begitu awal tahun ini,” Dr. Yu Wenlin yang merupakan seorang doktor kecantikan dari Pusat Kosmetik Perubatan Gaoshang di wilayah Guangzhou kepada akhbar South China Morning Post.

Untuk mendapatkan bentuk telinga yang agak unik itu, prosedurnya termasuk menyuntik asid hyaluronik ke dalam telinga untuk menjadikan ia montok dan memasukkan satu tulang di belakang telinga bagi menjadikannya jelas kelihatan daripada pandangan hadapan.

Trend yang kian popular itu menerima kecaman daripada pengguna media sosial dan petugas perubatan kerana pembedahan itu datang dengan banyak risiko seperti jangkitan pada bahagian telinga dan juga darah beku akibat suntikan asid hyaluronik itu yang boleh mengakibatkan kematian.

0 views0 comments