• Syaziyah Md Sharif

Tradisi Kahwinkan Kucing Sebagai Tanda Kesyukuran Diadakan Setiap Tahun

Penduduk Banyuwangi, Jawa Timur mengadakan ritual itu juga untuk minta hujan

Kredit Foto: Boombastis

‘Mantu Kucing’ adalah tradisi unik dimana kucing 'dikahwinkan' dan diiringi seperti pasangan pengantin baharu sebagai tanda kesyukuran dalam upacara dan ia sudah sebati dengan masyarakat Banyuwangi di wilayah Jawa Timur.


Menurut suara.com, penduduk Dusun Curahjati, Kampung Grajagan, Purwahojo itu adalah merupakan ritual tahunan yang dibuat sebagai tanda kesyukuran, memohon keselamatan dan meminta hujan.


'Mantu Kucing' cukup unik kerana pasangan kucing yang dikahwinkan akan diarak oleh penduduk kampung untuk menuju ke tempat ritual.


Tempat ritualnya adakah sumber mata air di kawasan tersebut. Panglima Tentera Daerah Purwoharjo, Kapten Infanteri Dahlan berkata, biarpun ketika ini merupakan musim hujan, masyarakat setempat tetap melaksanakan ritual tersebut.


“Hal ini kerana selain dipercayai boleh memberikan hujan, ia juga adalah sebagai simbol meminta keselamatan,” katanya.




Sumber: suara.com

4 views0 comments