• Jonathan Shiek

“TQ Orang Pahang!” Netizen Puji Penduduk Tempatan Tolong Mereka Yang Terkandas

Susulan banjir teruk melanda Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kesesakan yang melampau telah berlaku. Ramai pengunjung yang terkandas di jalan raya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengunjung yang membuat keputusan untuk menggunakan jalan kampung.

Viral di media sosial, pengguna Twitter @AbenHazd berkongsi pengalamannya yang disambut baik oleh penduduk kampung tempatan.

My family stranded dkt pahang and otw balik kl. Terpksa ikut jln kampung sbb hway tutup. Jem sgt trok and org kg bg mknn 😭. Tq org pahang 🥰😭 pic.twitter.com/im3eLOyrDr — H A Z I D I (@AbenHazd) January 4, 2021

Keluarganya juga diberi makanan dan air untuk memudahkan perjalanan mereka.

Terbaiklah Orang Pahang!

#banjir #Pahang

0 views0 comments