• shafika9

Toyota Terpaksa Hentikan Perkhidmatan Bas Setelah Langgar Atlet Paralimpik

Bas yang digunakan di perkampungan olimpik dan paralimpik adalah jenis ‘Self-Driving’

Kredit foto: The Star


Pada korang yang diluar sana mungkin tidak tahu bahawa bas yang digunakan di Village Olimpik ada merupakan pemanduan tanpa pemandu. Dengan kata lain, ia merupakan bas elektrik dan dipandu secara menggunakan sistem komputer.


Baru-baru ini, pihak Toyota telah menghentikan perkhidmatan pengangkutan ulang alik ‘e-Palette’ serta merta kerana bas tersebut bertembung dengan atlet Jepun yang cacat penglihatan pada hari Khamis lalu.


Menurut dari laman web Forbes, e-Palette baru saja meninggalkan perhatian bas di Village Olympic dan bergerak pada 1-2 km /j ketika bertembung dengan atlet judo cacat penglihatan, Arimitsu Kitazono. Disebabkan itu, atlet tersebut mengalami kecederaan pada kaki dan tangannya.


Laporan mengenai kejadian tersebut menyatakan kemalangan melibatkan kenderaan autonomi itu merupakan pertama kali berlaku di Jepun. Difahamkan atlet itu cuba melintas di persimpangan jalan dan pada ketika itu bas tersebut baru mula bergerak dan melanggar atlet itu.


Setelah menjalani rawatan di klinik setempat, atlet itu boleh berjalan kembali seperti biasa ke tempat penginapan mereka tetapi terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawannya pada hari Sabtu semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda telah memohon maaf kepada atlet yang tercedera itu akibat dari kemalangan tersebut.


Kini pihak Toyota bekerjasama dengan polis untuk mencari punca sebenar kemalangan tersebut dan masa yang sama juga akan melancarkan siasatan persendirian.


Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments