• Syaziyah Md Sharif

Tony Fernandes Ingin Mengambil Semula Pekerja Yang Diberhentikan Ketika PKP

Updated: Oct 8, 2021

Pengasas AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, keutamaannya untuk tahun depan adalah untuk memberi pekerjaan kepada semua bekas kakitangan AirAsia yang dilepaskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Syarikat penerbangan tambang rendah itu memberhentikan 2,400 pekerja daripada 24,000 orang sejak sempadan antarabangsa Malaysia ditutup pada Mac 2020.

Bercakap kepada New Straits Times, beliau mengatakan bahawa tahun 2021 beliau akan memulihkan perniagaanya dan mengambil semula pekerja yang dilepaskan sebelum ini.

“Mereka tidak melakukan apa-apa yang salah. Mereka kakitangan yang hebat dan mereka adalah pekerj yang sangat baik untuk AirAsia. Ini adalah masa yang sukar. Tetapi itu adalah prinsip nombor satu dan dua saya,” katanya kepada harian semalam, 22 Disember.

Tony juga berkata beliau akan melatih pekerja-pekerjanya untuk skill lain seperti pengurusan data, kejuruteraan data dan sebagainya.

Ia merupakan inisiatif syarikatnya untuk menempatkan pekerja-pekerjanya yang terjejas akibat PKP.

0 views0 comments