• Jonathan Shiek

Tony Fernandes Dakwa Cara Pemerintah Tangani COVID-19 ‘Kurang Efisien’

Tan Sri Tony Fernandes, pengasas dan Ketua AirAsia Group Bhd berkata cara kendalian COVID-19 oleh pelbagai kerajaan yang ‘kurang efisien’ sehingga memberi kesan yang teruk pada industri pelancongan dan penerbangan.

Menurut dari laporan BBC, Tony Fernandes juga menyatakan dalam sejarahnya mengendalikan perniagaan penerbangan, tak pernah dilihat situasi tersebut tak dapat dikendalikan secara baik.

Dia mendakwa, penumpang yang tak diberi vaksin COVID-19 tak akan dibenarkan masuk ke negara-negara dituju tanpa dikuarantin terlebih dahulu. Katanya lagi, “Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengeluarkan protokol kesihatan sewaktu pandemik sedang melanda, tapi dihalang oleh ahli politik”.

Dia juga berharap pada Julan 2021, kerajaan di seluruh dunia melonggarkan sekatan perjalanan setelah kebanyakan negara sudah mula menerima vaksin pada tahun ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments