• Syaziyah Md Sharif

TMJ 'Kerah' Brabus G700 6x6 Untuk Membantu Mangsa Banjir Di Segamat

Tuanku juga memberikan sumbangan keperluan asas

Banjir kali ini bukan sahaja berlaku di Lembah Klang dan Pantai Timur, ia juga dilihat terjadi di bahagian selatan tanah air, negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor antara yang terjejas akibat bencana itu,


Tahun 2022 mungkin bukan permulaan yang baik bagi penduduk Segamat, Johor kerana kediaman mereka turut dihanyutkan banjir.


Kerana itu, Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail telah mengerahkan Brabus G700 6×6 miliknya dan datang terus ke tempat kejadian untuk menyerahkan bantuan. Tuanku memuat naik sebuah tweet gambarnya dengan kenderaan eksotiknya itu, beserta kapsyen, "Digerakkan. Menuju ke Segamat.”

TMJ juga membawa bantuan kepada mangsa banjir seperti 18,000 khemah berserta keperluan asas, barangan tersebut telah diserahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa dan TMJ juga disertai oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.


Selain menghulurkan bantuan kepada mangsa, TMJ telah meneliti punca isu tersebut, Tuanku melaporkan di Twitter peribadinya bahawa baginda telah membuat lawatan ke pusat bacaan paras air sungai di Sungai Olak Sepam, Sungai Muar. Baginda juga cuba memastikan pihak yang bertanggungjawab memberi kesedaran yang diperlukan kepada orang ramai dan bersedia untuk berpindah jika perlu.



Sumber: Twitter



45 views0 comments