• Jonathan Shiek

Tisu Messi Gunakan Untuk Lap Air Mata Dijual Pada Harga RM 4.24 Juta

Kalau korang adalah seorang peminat bola sepak, sanggupkah korang menghabiskan duit semata-mata untuk membeli tisu yang sudah digunakan oleh pemain bola sepak terkenal Lionel Messi? fikir-fikirkan lah terlebih dahulu. Tisu yang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah tapi apabila seorang bintang bola sepak terkenal menggunakan untuk mengesat air matanya ketika majlis perpisahan, telah dijual pada harga AS$ 1 juta (RM 4.24 juta).

Messi meninggalkan Kelab Barcelona dan kini menyertai Kelab Paris Saint Germain (PSG). Seorang individu yang tidak dikenali mendakwa memperoleh tisu terpakai itu selepas majlis perpisahan tersebut. Meletakkan iklan di sebuah laman sesawang yang popular. 

Menerusi iklan tersebut, individu tersebut mengumumkan tawaran menjual tisu digunakan bola sepak itu yang disifatkan sebagai barangan berharga dengan meletakkan tanda harga sejuta dolar. Individu itu turut mendakwa tisu tersebut mengandungi genetik Messi yang membolehkan mana-mana pihak mengklon pemain bola sepak sepertinya. 

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments