• Jonathan Shiek

Tips Penjagaan Kulit Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Mengelak ‘Maskne’

Di musim pandemik ini, terdapat ramai wanita yang menghadapi masalah kulit akibat memakai pelitup muka dalam masa yang panjang dan kerap. Alahan ini dipanggil ‘maskne’ dan ianya menjadi topik perbualan hangat diantara pakar kulit.

Selaras dengan Standard Operation Procedure (SOP) kita diwajibkan untuk sentiasa memakai pelitup muka malah kita juga disarankan untuk memakai pelitup muka secara berlapis (double masking), bagi mendapatkan perlindungan yang lebih efektif. Lagi-lagi sekarang ini terdapat varian Delta yang jauh lebih berbahaya daripada sebelum ini. Ia akan menjadikan kulit kita lebih sukar untuk bernafas dan seterusnya akan menyebabkan ‘maskne’

Jadi bagaimana kita boleh elakkan keradangan atau ‘maskne’ ini? Jom lihat tips dibawah;

Sentiasa Menukar Pelitup Muka Anda

Jika anda perlu memakai pelitup muka dalam masa yang lama, sentiasa sediakan pelitup muka ekstra dan simpannya dalam bekas yang sudah dibersihkan, atau pouch yang bersih.

Jika anda menggunakan pelitup muka jenis fabrik, basuh sejurus selepas menggunakannya. Jangan biar bakteria hinggap pada pelitup muka anda ya!

Sentiasa Bersihkan Muka Anda

Punca utama ‘breakout’ pada kulit wajah anda adalah kerana kotoran yang tidak dibersihkan secara sempurna. Tambahan pula, jika anda memakai pelitup muka ianya boleh diibaratkan sebagai mengumpul bakteria di muka anda.

Jangan lupa cuci muka anda sejurus anda membuka pelitup muka anda ok? Gunakan pelembab juga!

Kalau anda masih tercari-cari produk yang sesuai dengan anda, apa kata anda cuba rangkaian produk Koolit? Ia adalah sebuah jenama tempatan yang menggunakan bahan semula jadi sesuai untuk semua jenis kulit!

Koolit terkenal dengan ramuan utamanya, ekstrak akar manis yang bukan hanya dapat membantu mengawal dan mengurangkan jerawat, tetapi juga terbukti secara klinikal ia mempunyai sifat anti-radang, antioksidan dan antimikroba yang membantu melegakan kulit kering, gatal, dan iritasi.

Untuk pelembab pula, anda boleh mencuba Soothing Lotion atau Cooling Facial Moisturizer daripada Koolit yang dapat membantu mengatasi kekeringan, kegatalan, dan memberikan penampilan kulit yang lebih sihat!

Seorang pengguna produk Koolit berkata beliau telah menggunakan produk ini dan kesannya dapat dilihat seawal seminggu penggunaan. Nur menggunakan produk Calming Cream dan Soothing Lotion pada kulitnya yang agak sensitif dan kesannya amat memberangsangkan!

Minimalkan Penggunaan Produk Di Muka

Jika sebelum ini anda memakai solekan yang tebal, kurangkan. Ini kerana lebih banyak solekan yang anda guna, anda perlu membersihkan muka anda dengan lebih mendalamdan jika tidak ia akan mendedahkan kulit anda kepada keradangan yang disebabkan oleh bahan kimia berbahaya.

Pertimbangkan memakai pelitup muka sebagai alasan yang baik untuk menerapkan rutin penjagaan kulit yang paling asas: pembersih yang lembut dan pelembap ringan tanpa wangian.

Sebuah jenama tempatan, Koolit menawarkan produk yang baik untuk anda menjaga kebersihan kulit anda! Dengan ramuan yang asli dan semestinya sangat sesuai dengan kulit yang sensitif. Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web mereka!

Kalau anda nak tahu, Koolit kini memberikan PENGHANTARAN PERCUMA untuk masa yang terhad! Kami telah bekerjasama dengan mereka untuk memberikan 15% potongan harga di laman web mereka dengan kod promo “STARTKOOLIT” dan sekiranya anda ingin membeli produk mereka, ia juga boleh didapati di Watsons, Multicare, AA, dan farmasi berhampiran anda! Klik disini untuk info lanjut!

0 views0 comments