• Syaziyah Md Sharif

Tips Penjagaan Kereta Untuk Yang Paling Noob

Updated: Oct 14, 2021

Berapa banyak yang korang tahu pasal kereta? Tak ada masalah kalau korang mekanik, tapi kalau korang bukan mekanik, korang wajib baca sampai habis.

Air cermin depan

Pastikan korang sentiasa check dan top up air untuk mencuci cermin depan kereta korang. Boleh semak buku kereta masing2 untuk lokasi tanki air cermin depan.

Pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang betul

Kalau korang tak jaga tekanan angin tayar dengan betul, ini sangat bahaya kerana bunga tayar korang akan makan tidak sekata. Untuk check tekanan yang betul untuk kereta korang, boleh tengok gi bahagian pintu pemandu, selalunya ada sticker yang menunjukkan tekanan yang sepatutnya.

Periksa minyak enjin kereta

Buka bonet enjin kereta, cub acari plastik bulat yang berwarna cerah, selalunya warna merah, hijau atau kuning. Tarik dan lap bahagian hujung dengan kain yang bersih, celup semula dip stick dan tarik semula. Kalau paras minyak enjin berada di tengah, maknanya semuanya okay!

Periksa penapis penghawa dingin (Air Cond)

Penapis ini terletak di belakang laci di dalam kereta korang. Tekan di kedua bahagian tepi laci ini dan boleh terus cabut. Bawak keluar penapis dah pastikan ianya bersih, kalau dah kotor, cepat2 tukar yang baru untuk pastikan udara dalam kereta korang sentiasa bersih.

Air radiator

Air radiator sangat penting untuk pastikan kereta korang berfungsi dengan betul. Buka bonet depan kereta korang dan cari 1 tangki air dibahagian dekat enjin dan pastikan cecair di dalam tangki berada di paras yang betul.

0 views0 comments