• Jonathan Shiek

Tips Kekal Ramping? Eina Azman Hanya Makan Nasi Dua Kali Sebulan.

Pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman telah berkongsi tips untuk kekal ramping dan mengekalkan berat badan kepada peminat di media sosial….kalau korang nak tahu, silalah sambung baca!

Menurut Eina, dia hanya makan nasi dua kali dalam tempoh sebulan untuk mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan

Perkara itu didedahkan oleh Eina menerusi Instastory ketika menjawab persoalan peminat. Eina berkata, setiap kali makan nasi pasti berat badannya akan naik.

Perkara itu didedahkan oleh Eina menerusi Insta Story ketika menjawab persoalan peminat. Eina berkata, setiap kali makan nasi pasti berat badannya akan naik.


“Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya. Setiap kali makan nasi je badan akan terus naik berkilo-kilo.


“Jadi sekarang ni saya cuma makan nasi dalam sebulan dua kali sebab jaga berat dan pinggang idaman saya,” katanya.

Dalam pada itu, Eina turut berkongsikan dia memilih untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nati jika lapar.

Sumber: Rotikaya

0 views0 comments