• shafika9

Tindakan Tentera Zionis Ini Yang Mencuri Air Di Mesin Menjadikan Bahan Kritikan Netizen

Kalau dah memang suka mencuri, samalah juga sikap suka mencuri tanah Palestin tanpa rasa malu

Kredit foto: Fakhri (Twitter)


Siapa saja rakyat Malaysia yang suka akan rejim zionis ini, dengan tindakan mereka yang kejam, kasar dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin menyebabkan perbuatan mereka ini tidak disukai ramai. Apatah lagi serangan rejim zionis ini yang menyerang Palestin pada pertengahan tahun lalu seolah menambah kebencian orang ramai terhadap tentera mereka (Zionis).


Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna Twitter @fakhrifadzli telah berkongsikan sebuah klip yang diperoleh menerusi aplikasi TikTok memaparkan tindakan tentera Zionis yang seolah bangga dan seronok dengan perbuatan ‘mencuri’ air gas daripada mesin air tersebut. Perbuatan tersebut membuatkan netizen berasa jijik terhadap tentera Zionis ini dengan selambanya melakukan dengan perasaan tanpa rasa bersalah langsung.


Tindakan tentera zionis ini secara tidak langsung membuatkan netizen berang dan mengundang kepada pelbagai kritikan. Ini antara respon netizen terhadap klip video tersebut.




Sumber artikel asal dari VOCKET


1 view0 comments