Β 
  • Jonathan Shiek

Tindakan Dua Penunggang Motosikal Kutip Paku Diraih Pujian Daripada Netizen

Terbaru sebuah video pendek yang tular di media sosial apabila dua orang pemuda mengutip paku yang berterabur di atas jalan raya. Rakaman tersebut dirakam sebuah kereta yang mempunyai dashcam dimana menunjukkan seorang penunggang motosikal turun daripada kenderaannya untuk mengutip objek tajam di atas jalan raya tersebut. Ia dipercayai paku yang ditabur oleh pihak tak bertanggungjawab.

πŸ‘ pic.twitter.com/hayS7ejMBl β€” penanam anggur (@anthraxxxx) May 20, 2021

Beberapa saat kemudian, seorang penunggang motosikal Grab turut serta membantunya. Menerusi video tersebut, kita dapat lihat sejumlah besar paku telah ditabur pada laulan bahagian kiri jalan tersebut.

Ramai netizen turut memuji sikap dua penunggang motosikal berkenaan kerana sanggup untuk mengutip paku satu persatu di atas jalan raya.

Well done…Abang grab, abang foodpanda, memang masuk dalam semua scene πŸ˜‚ β€” Deedee (@dhirazman) May 21, 2021
Salute pic.twitter.com/m8z5SVeLXL β€” ShahirπŸ‡΅πŸ‡Έ (@ShahirSakiru) May 20, 2021
Pahala bagi org yang memudahkan urusan orang lain. Kudos to those guys! https://t.co/PmjgClUsCt β€” ハーフ (@iamshunan) May 21, 2021

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments
Β 
Β