• Jonathan Shiek

Tiger Woods Pandu Melebihi Had Laju Menyebabkan Kemalangan

Siapa yang tak mengenali bintang golf, Tiger Woods betul tak? Pada Februari lalu, beliau pernah terlibat dalam kemalangan sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali. Ini mengakibatkan beliau mengalami kecederaan serius pada kaki kanannya. 

Menurut Syerif Alex Villanueva, “punca utama kemalangan adalah beliau memandu pada kelajuan yang tak selamat dan menyebabkan gagal mengambil selekoh. Anggaran kelajuan yang dipandu antara 135 kilometer sejam hingga 140 kilometer sejam,” katanya.

Tambahnya lagi, ia tiada tanda-tanda gangguan semasa memandu manakala, Woods juga secara sukarela membenarkan keputusan siasatan itu didedahkan kepada umum. 

Apa-apa pun kita mendoakan kesejahteraan Woods supaya cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya dalam sukan golf ini. Tiada lagi, memandu dengan laju selepas ini, demi keselamatan diri dan juga orang yang tersayang.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments