• Syaziyah Md Sharif

Tiga Kes COVID -19 Varian Omicron Dikesan Di Negeri Sembilan

Semuanya dikesan di KLIA setelah pulang dari Eropah

Gambar Hiasan

Tiga kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, kes pertama membabitkan pengembara wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lalu.


"Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban.


"Keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu sudah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lalu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata, kes kedua membabitkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom (UK) melalui pintu masuk KLIA pada 14 Disember, dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.


Menurutnya, wanita yang juga sudah lengkap divaksinasi pada 19 Mei itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.


Veerapan berkata, kes ketiga pula membabitkan wanita berusia 29 tahun yang juga tiba dari UK di KLIA pada 16 Disember, dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.



Sumber: BERNAMA

10 views0 comments