• shafika9

Tiga Cedera Kemalangan Kenderaan Berlaku Di Ulu Yam

Lain kali jangan bawa laju-laju di jalan sempit

Kredit foto: Farhan (Twitter)


Kejadian kemalangan yang berlaku di Ulu Yam Gombak Batu 23 yang melibatkan empat buah kenderaan, turut tiga individu yang mengalami kecederaan. Kes kemalangan tersebut pemandu Mitsubishi Lancer yang cuba memotong jalan berkembar (double line) menyebabkan pelanggaran dengan sebuah lori yang dari arah bertentangan.


Kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh salah sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer cuba memotong kenderaan di hadapannya. “ Pemandu Mitsubishi Lancer gagal memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori datang dari arah bertentangan.Ia turut melibatkan kereta Perodua Bezza dan kereta jenis Volkswagen,” katanya menerusi satu kenyataan.


Kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu termasuk dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 tahun 30 tahun mengalami kecederaan. “Kesemua mangsa yang cedera kini telah menerima rawatan di Hospital Selayang.” Siasatan kejadian akan dijalankan dan siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber artikel asal dari VOCKET & Astro Awani


13 views0 comments