Syaziyah Md Sharif
Tiga Beradik Maut Bersama Dalam Kemalangan
Updated: Sep 24, 2021
Seorang ibu kehilangan tiga orang anak lelaki selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya merempuh sebuah treler di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang semalam.
Kejadian maut yang berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang itu membabitkan tiga beradik, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim, 3, serta Muhammad Affan Hafiy berusia satu tahun yang tersepit di dalam kereta yang remuk tersebut.
Credit: Kosmo
Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27 yang merupakan ibu mereka kini cedera parah sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, siasatan awal mendapati, kemalangan ketika hujan itu dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas sendiri sebelum melanggar belakang sebuah treler di lorong kecemasan.
Kereta Perodua Axia itu juga dipercayai disewa.
Sumber: Kosmo