• Jonathan Shiek

Tidak Mahu Vaksin, Maka Jangan Keluar Rumah Atau Boleh Dipenjarakan

Pihak berkuasa di Bandar Colombia telah memberi amaran kepada penduduk yang tidak mahu mengambil vaksin, mereka langsung tidak dibenarkan keluar rumah atau bersedia untuk dipenjarakan. Datuk Bandar Sucre, Elvira Julia Mercado berkata tindakan tegas itu terpaksa diambil bagi melindungi masyarakat setempat yang mahu menghentikan penularan COVID-19.

Menurut dari Datuk Bandar Sucre, berkata “jangang keluar rumah dan bergaul penduduk setempat kalau tidak mahu vaksin ini melibatkan nyawa penduduk. Diharap semua boleh mengambil vaksin”. Beliau memutuskan perintah kekal berada di rumah selama lapan hari bagi mereka belum diberi vaksin walaupun bandar tersebut memiliki dos vaksin yang cukup untuk semua 28,000 penduduknya.

Di bawah perintah itu, individu yang tidak diberi vaksin boleh pergi ke perkhidmatan kesihatan atau untuk mendapatkan suntikan sahaja. Bagi penduduk bandar yang telah mengambil vaksin boleh menunjukkan kad vaksin untuk mengakses pasar raya, bar disko, restoran, bank dan kedai.

Bagi mereka yang tidak mengikut arahan akan dikenakan denda sehingga AS$260 (RM 1,098) dan individu dengan kesalahan berulang boleh dikenakan hukuman penjara. Langkah tersebut akan dikaji lagi dalam masa lapan hari berdasarkan keadaan semasa COVID-19 di bandar itu.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments