• Jonathan Shiek

Tidak Berperikemanusiaan! Rogol Anak Sendiri Dan Rakan Anak!

Sangat tidak berperikemanusiaan!

Seorang bapa didapati merogol ankanya sendiri dan juga rakan anaknya yang baru sahaja berusia 14 tahun!

Penjual air tebu yang berusia 42 tahun akan didakwa 67 pertuduhan di mahkamah Klang hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang, bapa tersebut mempunyai 58 tuduhan, kes rogol anak sendiri sejak mangsa berumur 10 hingga tahun ini dan 9 tuduhan rogol rakan anak sejak Ogos 2020 hingga Jan 2021.

Berita ini dikongsikan di Twitter dan telahpun mencapai lebih 3.5K retweet, rata-rata netizen mengkeji perbuatan terkutuk itu.

Rogol anak sendiri dan rakan anak (masing2 usia 14) Penjual air tebu usia 42 akan didakwa 67 pertuduhan di mahkamah Klang esok. 58 tuduhan, kes rogol anak sendiri sejak mangsa usia 10 hingga tahun ini. 9 tuduhan rogol rakan anak sejak Ogos 2020-Jan 2021 -KPD Klang Selatan — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 23, 2021

Mangsa juga merupakan rakan sekolah dan pembantu di gerai jualan air tebu.

Binatang.

#airtebu #klang #pedofilia

0 views0 comments