• Jonathan Shiek

Tidak Berikan Kompaun Sebaliknya Berikan Pelitup Muka, Tindakan Abang Polis Ini Dipuji

Kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang pelanggaran Standard Operation Procedure (SOP) oleh rakyat Malaysia dan mereka diberikan kompaun.

Waktu-waktu pandemik ini kebanyakkan pihak berkuasa memandang serius tentang SOP ini untuk mengekang penularan COVID-19.

Lain pula cerita yang tular di media sosial Facebook baru-baru ini,


Mengikut perkongsian pengguna Facebook, Sas Barakah, warga emas itu dipercayai terlupa untuk memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah untuk ke kedai.

Kejadian itu berlaku di Pasar Awam Parit, Perak dan telah mencuri perhatian seorang pegawai polis yang secara kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Biarpun menyedari warga emas itu tidak memakai pelitup muka, beliau tidak terus mengeluarkan kompaun. Sebaliknya apa yang dilakukan adalah menolong warga emas tersebut untuk memakai pelitup muka.

Tindakan abang polis berkenaan mendapat pujian yang tinggi daripada penduduk setempat dan juga netizen.

Cayalah abang polis!

0 views0 comments