• shafika9

Tiang Lampu Isyarat Tumbang, Gara-Gara Air Kencing Anjing

Mungkin sebab kandungan urea dan natrium yang terdapat pada air kencing anjing punca terhakis

Kredit foto: Utusan Malaysia


Baru-baru ini, di Jepun terdapat sebuah tiang lampu isyarat telah tumbang beberapa bulan lalu disebabkan air kencing anjing. Tiang tersebut setinggi 6.4 meter itu patah pada bahagian bawahnya dan ditemukan tumbang di kawasan semak di tempat letak kereta di bandar Suzuka pada 18 Februari lalu.


Berdasarkan dari satu laporan The Mainichi, pada setakat ini tiada masalah dikenal pasti dengan kualiti atau pemasangan tiang. Secara purata jangka hayat tiang lampu isyarat di jepun adalah sekitar 50 tahun. Namun, tiang lampu isyarat itu tumbang dalam tempoh 23 tahun selepas dipasang di jalan raya pada 1997.


Menurut jabatan polis pada Julai lalu, pasukan forensik mengesan lebih 40 kali kandungan urea di bahagian bawah tiang tersebut berbanding jumlah didapati di tiang lain yang berdekatan. Tiang lampu isyarat itu dipasang di sebuah jalan yang popular dalam kalangan pejalan kaki yang suka membawa anjing mereka di situ.

Pihak berkuasa berkata, terdapat kesan hakisan pada tiang kerana kandungan urea dan natrium yang tinggi dalam air kencing anjing. “Pihak berkuasa mendesak pemilik anjing tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka buang air kecil di tiang lampu isyarat agar dapat mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi,” jelas laporan itu.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia



5 views0 comments