Syaziyah Md Sharif
Tiada Sekatan 'Balik Kampung' Untuk Raya Tahun Ini - PM
Semoga kes COVID-19 tidak meningkat

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di negara ini pada masa akan datang dalam berhadapan pandemik Covid-19.
Disebabkan itu, beliau memberi jaminan tiada sekatan perjalanan kepada seluruh umat Islam di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya dalam sidang akhbar.
Sumber: Kosmo!