• Syaziyah Md Sharif

Bukan Lagi 'Caprice', Kini Mahu Dikenali Sebagai 'Daddycap'

Penyanyi rap itu juga mahu dikenali sebagai Ariz Ramli

Selepas mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, penyanyi rap dan aktivis terkenal Caprice kini mahu dikenali dengan nama Daddycap atau nama sebenarnya Ariz Ramli.


Dalam tembual bersama Kosmo!, Daddycap menerangkan nama itu dipilih kerana beliau kini telahpun bergelar sebagai seorang bapa.


“Daddycap sebab sekarang saya dah jadi seorang bapa. Bapa kepada Aleesya Sofia dan anak saya pun panggil saya dengan nama itu.


“Atau kalian boleh panggil saya dengan nama penuh ‘Ariz Ramli’. Ini kira nama pentas baharu saya selepas sudah ke fasa perkahwinan. Jadi, tak usah panggil saya Caprice lagi selepas ini. No more,” katanya.


Ujar Daddycap, dia bertindak menukar nama pentas lama juga disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.


“Sebenarnya, ada beberapa isu dalaman dengan beberapa perniagaan yang saya usahakan. Kalau perasan, sebab itu Instagram saya sekarang guna nama ‘signbycaprice’.



Sumber: Kosmo!

9 views0 comments