• Jonathan Shiek

The Andaman Resort Langkawi Terbakar

The Andaman Resort Langkawi dilaporkan mengalami kebakaran pada petang kelmarin. Hotel ini adalah salah satu bangunan yang bertaraf lima bintang di Langkawi, Kedah.

Menurut dari laporan Kosmo, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya telah menerima panggilan berkaitan kejadian tersebut hampir dua kali pada pukul 4.04 petang kelmarin dan juga 1.13 pagi semalam.

“Sebaik tiba di lokasi awal pagi semalam, api sedang marak disebabkan faktor cuaca angin kencang melibatkan bangunan bersebelahan blok utama kelas B turut terbakar”. Sambungnya lagi, “ keluasan bangunan kira-kira 300 kaki x 900 kaki (91 meter x 274 meter) terbakar hampir menyebabkan keseluruhan struktur itu”.

Difahamkan lagi, pihak bomba mengalami masalah bekalan air dan akses untuk melakukan pemadaman di bahagian terlibat.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

Kredit foto: Gempak, MHI

#Terbakar

0 views0 comments