• Jonathan Shiek

Thailand Mula Mempromosikan Ganja Sebagai Tanaman Komersial

Kini Thailand telah mempromosikan ganja sebagai tanaman komersial dan sumber pendapatan bagi kumpulan petani di negara tersebut. Menurut dari laporan Reuters, “setiap orang berhak menanam ganja dengan menjalinkan bekerjasama dengan hospital negeri untuk tujuan perubatan,” kata wakil jurucakap pemerintah Traisulee Traisoranakul.

Terdapat 2,500 isi rumah dan 251 hospital wilayah telah mula menanam hampir 15,000 tanaman ganja sebagai tanaman tunai utama bagi para petani. Pengumuman ini dibuat setelah Thailand pada tahun lalu, mengeluarkan beberapa bahagian ganja dan rami dari senarai narkotik. 

Menurut dari Traisulee berkata, “ganja tersebut hanya digunakan dalam makanan dan minuman di restoran, dan hanya keluaran dari kilang yang diluluskan sahaja”. Kumpulan ubat negara itu, Organisasi Farmaseutikal Kerajaan, turut mengatakan membeli ganja dari syarikat komuniti yang diluluskan dengan harga sehingga 45,000 baht (US $ 1,500) sekilogram, bagi mereka yang mengandungi 12% kanabidiol.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments