• shafika9

Thailand Kini Bangunkan Sistem Tenaga Solar Terbesar Di Dunia

Hampir sebesar 100 padang bola sepak, memang besar sangat tu

Kredit foto: Utusan Malaysia


Thailand pada masa kini telah mula untuk membangunkan projek tenaga solar terbesar di dunia yang dipasang di permukaan air dengan 144,000 panel solar berasingan bersamaan 100 padang bola sepak. Sememangnya luas dan besar kawasan untuk mendirikan projek solar ini. Projek tersebut di empangan Sirindhorn bagi menghasilkan kuasa elektrik 45 megawatt dan boleh menjana tambahan 36 megawatt sekali gus membekalkan tenaga elektrik di tiga wilayah di kawasan timur Thailand.


Projek itu dibangunkan di wilayah Ubon Ratchathani yang dapat membantu menangani isu terbesar mengenai pembangunan infrastruktur tenaga solar, kekurangan dan juga kos tanah. Panel solar itu dapat menghasilkan tenaga elektrik sepanjang hari semasa matahari bersinar dan empangan kuasa hidro boleh beroperasi pada waktu malam.


Projek ini bertujuan mengurangkan beban alam sekitar serta ketidaktentuan ekonomi bahan api fosil. Bahan api fosil mendominasi pengeluaran sumber tenaga dan pelepasan karbon di Thailand. Thailand selama beberapa dekad bergantung kepada gas asli untuk sumber tenaga.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia



6 views0 comments