• Jonathan Shiek

Terusan Suez Kembali Dibuka

Hampir memakan masa sehingga seminggu untuk kapal kontena Evergreen diapungkan semula dan kini Terusan Suez mula dibuka kembali bagi lalu lintas. Secara tak langsung ia memberikan nafas lega kerana ia telah menyekat nadi utama perdagangan global berkenaan.

Krew kapal tunda membunyikan hon bagi meraikan kejayaan selepas kapal besar tersebut sudah berjaya dilepaskan sepenuhnya dari tebing pasir Suez. Pihak Pegawai Penguasa Terusan Suez (SCA) telah mengingatkan bahawa ia mengambil masa tiga hari untuk mengatasi kesesakan lalu lintas kapal yang tersekat di hujung utara dan selatan terusan berkenaan.

Hanya beberapa jam saja kapal itu beralih, kira-kira 425 kapal lain turut tersekat di laluan berkenaan. Penyedian perkhidmatan terusan, Leth Agencies iaitu MV Ever Given ‘diiring dengan selamat ke Great Bitter Lake’ oleh pihak berkuasa.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

1 view0 comments