• Jonathan Shiek

Terpaksa Berhimpit-Himpit Di Dalam Pesawat Untuk Tinggalkan Afghanistan

Berdasarkan dari sebuah gambar ini, menunjukkan ratusan penduduk Afghanistan memenuhi ruang dalam kapal kargo Amerika Syarikat (AS) selepas mereka mengejar pesawat itu sebelum berlepas yang telah didedahkan oleh beberapa portal berita antarabangsa mahupun di media sosial.

#BREAKING: Watch the chaotic scene in the #Kabul International Airport. Thousands of Afghans who are not on the list of #US State Department are trying to board #USAF's C-17A transport aircraft to flee from #Afghanistan. Situation is out of control of #USArmy rangers for now! https://t.co/1ROb3TI4im pic.twitter.com/V2OE8g9YNA — Babak Taghvaee – Μπάπακ Τακβαίε – بابک تقوایی (@BabakTaghvaee) August 15, 2021

Gambar yang diperoleh Defence One menunjukkan semua rakyat Afghanistan berhimpit-himpit memenuhi pesawat kargo tersebut yang boleh membawa muatan seberat 85.5 tan atau dalam keadaan selesa, 150 anggota tentera. Seramai 800 orang menaiki pesawat tersebut, namun Defence One menegaskan jumlah sebenar adalah 640.

Kumpulan penduduk yang kebanyakkanya adalah wanita dan kanak-kanak itu dilaporkan mengejar pesawat sebelum ia berlepas. Pesawat C-17 merupakan kapal terbang pertama yang terbang keluar dari Kabul dan dilaporkan menuju ke Qatar. Dianggarkan sekurang-kurangnya 10 maut akibat kekecohan yang berlaku di lapangan terbang Kabul. Termasuk juga yang didakwa terjatuh dari pesawat sedang terbang.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments