• Syaziyah Md Sharif

Terlupa Padam WhatsApp, Kantoi Perbualan Manja Bersama Kekasih

Satu kelas nampak ya!

Apa perasaan anda jika anda terkantoi sedang beromantis bersama pasangan?


Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar di Indonesia apabila chat WhatsApp dirinya dengan kekasih dilihat ketika dia sedang membuat pembentangan.



Menerusi laporan Wolipop, video yang tular di TikTok itu dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Irmaagstnn, memaparkan seorang pelajar lelaki sedang berdiri di hadapan kelasnya sambil melakukan pembentangan dengan menggunakan layar projektor.


Lebih menghiburkan lagi apabila pelajar berkenaan dipercayai tanpa sengaja membuka perbualannya bersama teman wanita menerusi aplikasi WhatsApp.


"Teruskan semangat ketika belajar sayangku."


Susulan daripada itu, rakan sekelas serta pensyarahnya ketawa melihat mesej berkenaan. Video berdurasi 14 saat itu setakat ini meraih lebih 1.4 juta tontonan dan mendapat lebih 74 ribu tanda suka di TikTok.


Malu oi!

12 views0 comments