• Syaziyah Md Sharif

"Terlalu Ramai Keluarga Yang Kehilangan"- CEO Apple, Tim Cook

Apple sedia membantu Malaysia menghadapi kehilangan dan kerosakan akibat banjir

Kredit Foto: Business Insider

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook menyatakan hasrat menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku ketika ini.


Menerusi sebuat kenyataan di Twitternya, beliau berkata, Apple akan menyumbang untuk bantuan keperluan, pemulihan dan pembangunan semula jangka panjang di dua negara berkenaan.


Menurutnya, pada masa ini, jumlah sumbangan Apple dan organisasi mana yang akan mereka bekerjasama belum dapat dipastikan lagi.

"Taufan Rai menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia serta ramai keluarga mengalami kehilangan yang besar.


"Apple akan menyumbang untuk membantu pemulihan dan usaha pembinaan semula bagi tempoh jangka panjang," katanya.


Malaysia dan Filipina ketika ini berdepan bencana cuaca teruk yang mana seramai 27 maut dan puluhan ribu penduduk negara ini terjejas akibat banjir melanda lapan negeri hujung minggu lalu.



Sumber: Twitter

10 views0 comments