• Jonathan Shiek

Terlalu ‘Nervous’, Pengantin Ini Terbaca Doa Akhir Ramadan Ketika Akad Nikah

Viral di TikTok, sebuah video akad nikah membabitkan satu pasangan dari Indonesia dimana pengantin lelaki berasa terlalu gugup dan tersalah sebut lafaz akad dalam bahasa Arab.

Video itu menunjukkan seorang pengantin lelaki yang kelihatan bersiap sedia untuk melafazkan akad dalam bahasa Arab mengikut jurunikahnya.

@sjgirlz.1709##fyp ##kalonggesrek♬ original sound – KGF🦇SJ GIRLZ

Yang paling kelakar, lelaki itu mula gugup sehingga mengeluarkan kata-kata dalam bahasa Arab yang biasanya digunakan semasa mengakhiri doa pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

‘Taqaballahu minna wa minkum’ yang membawa maksud semoga Allah menerima puasa dan amal kami beserta puasa dan amal kalian,” demikian lafaz pengantin lelaki itu di hadapan jurunikah.

Rata-rata komen netizen menyatakan ianya sesuatu yang kelakar tetapi ramai juga yang mempersoalkan kenapa nak cakap Arab kalau tak fasih?

Macam mana pun, buat pengantin lelaki jangan terlalu gugup ya!

0 views0 comments