• Jonathan Shiek

TERKINI: Kabinet Perikatan Nasional Letak Jawatan

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kabinet telah menyerahkan peletakan jawatan kepada Agong. Terima kasih atas peluang untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya dalam hantaran Instagram Story sebentar tadi.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat khas Kabinet, dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini di Bangunan Perdana Putra.

Menurut Kosmo!, Istana Negara kembali menjadi tumpuan media hari ini bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik negara dan hampir 100 petugas media dari pelbagai agensi mula memenuhi kawasan di pintu satu Istana Negara sejak 7 pagi, bagi menanti sebarang kemungkinan, termasuk ketibaan pemimpin politik untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia susulan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Muhyiddin yang dijangka akan mempersembahkan keputusan perletakan jawatan beliau.

Sumber: Kosmo!

1 view0 comments