• Syaziyah Md Sharif

Teringin nak berbual dengan Cik Meow anda? Sekarang dah boleh!

Updated: Sep 20, 2021

Kepada semua Mummy Daddy Ibu Ayah kucing di luar sana~ anda pasti nak baca artikel ini.

Masanya telah tiba untuk mengakui yang anda sentiasa bercakap dengan kucing anda sepanjang masa. Si Meow pulak, bila anda bercakap akan pandang pelik dan buat muka yakin yang dia tak faham sepatah apa yang anda cuba sampaikan.

Mummy Kucing seperti saya juga pernah tertanya-tanya jika mereka benar-benar memahami apa yang anda cakap.

Anda bernasib baik kerana, tahun 2020 ialah tahun yang digelar apa sahaja boleh berlaku. Teknologi purr-fect yang ditunggu akhirnya tiba – aplikasi MeowTalk, penterjemah kucing!

Menurut BBC, MeowTalk bertujuan untuk menerjemahkan meow kucing anda dan direka oleh bekas jurutera Amazon Alexa.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menentukan apa yang dikatakan oleh furball kesayangan anda.

Saat ini hanya ada 13 frasa dalam aplikasi termasuk “Nak makan”, “Saya marah”, “Tinggalkan saya sendiri”, dan “Saya cinta kamu” tetapi ianya akan lebih baik di masa depan.

Kami sangat ingin tahu bagaimana aplikasi ini berfungsi dan seberapa tepatnya kerana tidak pernah ada yang dapat memecahkan kod bahasa meow selama berabad-abad.

Aplikasi ini akan merakam suara dari kucing anda terlebih dahulu dan kemudian akan berusaha untuk mengenal pasti maknanya.

Pemilik kucing juga dapat membantu melabel terjemahan, dan menolong membina pangkalan data yang lebih besar untuk AI dipelajari.

Dengan merakam dan melabelkan suara, perisian AI dan machine-learning dapat memahami suara kucing setiap individu dengan lebih baik dan semakin banyak ia digunakan, semakin tepat.

Matlamat utamanya adalah untuk membuat SmartCollar di mana meow kucing anda akan diterjemahkan ke suara manusia melalui collar tersebut.

Menarik bukan? Baiklah, sebagai permulaan mari kita memuat turun aplikasinya untuk melihat jika tuntutan mereka benar.

0 views0 comments